Saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah. Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.
Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan. Jangan makan dan minum , merokok, vape dan memberus gigi.
Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti,
Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:
⚠️ Air liur bercampur dengan bahan asing lain
⚠️Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)
⚠️ Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)
⚠️Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
⚠️ Berbuih buih, sisa ubat gigi
Sumber/Kredit: @publichealthmalaysia
0 Comments