MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengoperasian Dan Pengurusan Sekolah Ketika PPN



Umumnya diketahui bahawa pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober 2021 berikut dikongsikan beberapa pengoperasian dan pengurusan sekolah:


1. Susun Atur Kelas Dengan Penggiliran

Sistem penggiliran murid dan penjarakan kerusi/meja murid


2. Pengurusan Prasarana 

Memastikan pengudaraan yang baik dalam kelas dan penggunaan kipas digalakkan


3. Pemakaian Pelitup Muka

Wajib memakai pelitup muka di dalam kawasan sekolah. Pemakaian pelitup muka berganda digalakkan.


4. Waktu Rehat

Semua murid makan di dalam kelas semasa waktu rehat dengan seliaan guru.

Untuk kelas yang menggunakan penyaman udara, murid makan di ruang terbuka dengan seliaan guru.


5. Aktiviti Sukan & Kokurikulum Di Sekolah

Kelas PJPK dibenarkan. Murid hendaklah berpakaian sukan dari rumah 

Aktiviti Kokurikulum tidak dibenarkan


6. Murid Bergejala

Murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah sekiranya bergejala dari rumah

Sekiranya murid didapati begejala ketika di sekolah, ujian saringan COVID-19 akan dilaksanakan


7. Pengurusan Asrama Sepenuhnya

Ujian kendiri COVID-19 murid dilaksanakan 3 kali, iaitu semasa pendaftaran masuk, hari ke-6 dan hari ke-14

Pengudaraan dan pencahayaan optimum di setiap bilik


8. Pakaian Seragam Sekolah

Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai


9. Ketidakhadiran Murid

Sekiranya ibu bapa/ penjaga  memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan displin

Namun, ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod


10. Pengurusan Sekolah Yang Mempunyai Kes Positif COVID-19

Sekolah memaklumkan kepada PKD dan melaporkan dalam sistem aplikasi data COVID-19

PKD membuat penilaian risiko bagi menentukan tindakan seterusnya.



Sumber: Sidang Media Pengoperasian Sekolah, Menteri Kanan Pendidikan, 12 September 2021

Post a Comment

0 Comments