PELAKSANAAN PANDUAN MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Tanah Perkuburan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan (TPIWP)
Syarat, Bilangan dan Tempoh Masa Yang Dibenarkan
1. Waktu ziarah yang dibenarkan adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.
2. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap; dua (2) dos. Mereka perlu mengemukakan kad/sijil digital vaksinasi Covid-19 tersebut sebelum masuk. Namun individu yang mempunyai gejala seperti demam, selesma, sakit tekak dan sesak nafas tidak dibenarkan masuk.
3. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk turut serta menziarahi kubur dengan pematuhan SOP yang ketat.
4. Bilangan yang dibenarkan masuk ke TPIWP pada satu-satu masa dihadkan kepada 50 orang sahaja.
5. Tempoh masa ziarah yang dibenarkan hanya 20 minit bagi setiap kumpulan.
6. Bagi urusan pengebumian Jenazah Covid-19, hanya tujuh (7) orang waris terdekat dibenarkan hadir, tidak termasuk petugas pengurusan jenazah.
7. Manakala bagi Jenazah Biasa, hanya 10 orang waris dan pengendali dibenarkan hadir, tidak termasuk petugas pengurusan jenazah TPIRS.
Panduan Sebelum Masuk Ke TPIWP
1. Kaunter di pintu masuk perlu diwujudkan bagi mengawal selia proses masuk dan keluar pengunjung. Setiap pengunjung WAJIB mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera masing-masing, menunjukkan status vaksinasi lengkap dua dos beserta kad pengenalan untuk pengesahan, memakai pelitup muka (face mask), melakukan pemeriksaan suhu badan dan sanitasi tangan di samping mengekalkan penjarakan fizikal.
2. Individu yang bergejala dan suhu badannya menjangkau 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan masuk. Begitu juga, mereka yang tidak memenuhi syarat kelayakan dan gagal mematuhi semua peraturan ini tidak dibenarkan masuk.
3. Para pengunjung mestilah sentiasa mengikuti dan mematuhi arahan pengawal dan pegawai keselamatan.
4. Tidak dibenarkan membawa masuk peralatan ke tanah perkuburan seperti bunga, pokok, air siraman dan tikar.
5. Makanan dan minuman juga tidak dibenarkan dibawa masuk.
Panduan Semasa Berada Di Dalam Kawasan TPIWP
1. Dilarang berkumpul dan berhimpun rapat. Hanya empat (4) orang berada di sisi kubur dalam satu masa. Kekalkan penjarakan fizikal satu (1) meter di antara setiap individu sepanjang berada di dalam perkarangan TPIWP.
2. Elakkan dari bersalaman dan bersentuhan sepanjang masa sehingga selepas keluar meninggalkan TPIWP.
3. Ringkaskan segala aktiviti dan bacaan doa sesuai dengan peruntukan masa 20 minit yang diberikan.
4. Elakkan dari menyentuh apa-apa objek di dalam kawasan TPIWP tanpa keperluan.
5. Penggunaan tandas di TPIWP adalah tidak dibenarkan kecuali kecemasan. Jika perlu menggunakannya, ruang tandas dan sekitarnya hendaklah disanitasi selepas penggunaan.
Panduan Semasa Keluar Meninggalkan TPIWP
1. Pengunjung hendaklah segera beredar meninggalkan TPIWP sebelum atau sebaik tempoh masa 20 minit yang diberikan tamat.
2. Keluar dengan tenang. Elakkan dari tergesa-gesa dan berpusu-pusu di pintu keluar TPIWP.
3. Sentiasa mengekalkan penjarakan fizikal sewaktu bergerak keluar meninggalkan TPIWP.
PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN
Prosedur Operasi Standard Ziarah Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 ini berkuat kuasa mulai 11 September 2021.
Sumber: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) ZIARAH TANAH PERKUBURAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2
Kredit foto: @skuad_pengurusan_jenazah_malay
0 Comments