MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Operasi Perniagaan Fasa 2 Tarikh Kuat Kuasa 24 September 2021



Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

Aktiviti jualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran KECUALI perkhidmatan dine-in bagi pelanggan yang telah menerima vaksinasi lengkap. Perkhidmatan dine-in bagi sambutan majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

Perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan.


Kedai runcit, kedai serbaneka dan mini mart.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam


Kedai farmasi dan kedai penjagaan diri dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam


Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam


Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan. 

Masa Operasi: 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi


Stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

Kecuali di lebuh raya bertol boleh beroperasi sehingga 24 jam


Pasar raya, pasar raya besar dan departmental store.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam


Kedai buku dan alat tulis, kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai barangan elektrik.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam


Kedai gunting rambut dan salun kecantikan.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam


Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam


Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cuci kenderaan dan kedai cermin mata.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam

Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.


Pasar harian dan pasar awam.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 4.00 Petang

Tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.


Pasar Segar Terkawal (PST).

Masa Operasi: 7.00 Pagi - 2.00 Petang


Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 4.00 petang.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 4.00 Petang


Pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi 

Masa Operasi: 12.01 Pagi - 6.00 Pagi

&

Masa Operasi: 11.00 Pagi - 4.00 Petang 

Tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.


Pasar tani dan pasar pagi 

Masa Operasi: 7.00 Pagi - 11.00 Pagi

Terhad kepada komoditi utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.


Pasar malam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.


Pelanggan yang ingin memasuki kawasan pasar malam dan pasar minggu MESTI menunjukkan kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 yang membuktikan pelanggan tersebut telah divaksinasi lengkap.



Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOO Fasa 2 Tarikh Kemas Kini 24 September 2021.

Post a Comment

0 Comments