Bismillah...
"Ikhlas"...
Mudah disebut tapi sukar nak laksanakan..
Dalam suasana kerja akhir zaman... Mencabar untuk ikhlas...
Jika kita bekerja, tapi kita diam orang kata kita tak bekerja... Jika kita kerja dan merungut orang kata tak ikhlas pula buat kerja... Rasanya mana-mana tempat pun situasi serupa melainkan kerja sendiri.
Tapi renungkan kata Imam al-Ghazali:
Salah satu tanda ikhlas, kita berlapang dada buat kerja, tidak merungut dan tidak mengungkit... Tidak menunjuk-nunjuk... Orang yang ikhlas buat kerja tidak akan rasa penatnya...
Penat badan memang rasa, tapi masih mampu tersenyum dan positif... Itu tanda kecil ikhlas...
Ikhlas umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap pekat...
Maksudnya, sukar sebenarnya nak tahu orang tu ikhlas atau tak, hanya Allah yang tahu dan layak memberi nilai ikhlas kepada seseorang...
Jadi...
Be positive dan berbaik sangkalah dengan Allah dan sesiapa sahaja...
Istighfarlah sentiasa supaya syaitan tidak menghasut kita supaya tidak ikhlas...
Kredit: @islamitu_indah
Gambar: Pinterest
0 Comments