ENDEMIK
Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah.
Contoh: Denggi adalah penyakit Endemik di Malaysia.
EPIDEMIK
Kejadian penyakit dengan bilangan kes di sesuatu tempat / lokasi melebihi bilangan kes pada waktu biasa atau melebihi kadar biasa. Lazimnya, perkataan-perkataan kluster dan wabak juga dikaitkan dengan epidemik.
KLUSTER - Kumpulan kes yang banyak yang berhubung kait dari segi tempat, masa dan orang.
WABAK - Takrifan sama dengan epidemik tetapi berlaku pada skala yang lebih kecil, melibatkan tempat atau kumpulan orang yang tertentu.
Epidemik berlaku pada skala yang lebih besar, penyakit merebak dengan lebih cepat dan melibatkan lebih banyak kawasan berbanding kejadian wabak.
Contoh: Wabak demam kapialu, wabak kolera, wabak measles, wabak polio di Sabah (2019).
PANDEMIK
Kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasannya disebabkan jangkitan penyakit baru (Novel).
Contoh: Pandemik plague (kurun ke-14), Pandemik Influenza - Spanish flu (1918 h 1919), Influenza H1N1 (2009), Covid-19 (2020).
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
0 Comments