Kemasukan pelajar ke Kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara berperingkat mulai 15 Oktober 2021.
Berikut ringkasan yang perlu diketahui oleh setiap pelajar IPT.
PERGERAKAN PELAJAR KE KAMPUS
Pergerakan pelajar ke IPT di Semenanjung
1. Surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh pihak IPT masing-masing.
Pergerakan pelajar IPT masuk ke Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
1. Surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh pihak IPT masing-masing.
2. Surat kebenaran rentas negeri dari pihak PDRM sebagai dokumen iringan.
3. Tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri seperti melaksanakan kuarantin dan Ujian Swab RT-PCR.
Kaedah pergerakan pelajar kembali ke kampus
1. Menggunakan kenderaan sendiri
2. Dihantar oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap 2 dos vaksin
3. Berkongsi kenderaan berdasarkan kapasiti yang ditetapkan di mana pemandu dan penumpang juga telah lengkap 2 dos vaksin
4. Menggunakan pengangkutan udara
Pelajar yang menghadapi masalah pergerakan , diminta menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan.
Proses Kuarantin Pelajar (Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan)
Sarawak
Diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari di IPT masing-masing.
Sabah
Lengkap proses vaksinasi.
Diwajibkan menjalani pemantauan kendiri melalui Aplikasi MySejahtera.
Wilayah Persekutuan Labuan
Diwajibkan menjalani kuarantin kendiri selama 5 hari di IPT masing-masing.
Menjalani ujian swab RTK-AG pada hari ke-4.
Ujian Calitan (Swab Test)
1. IPT digalakkan untuk memberikan kit ujian kendiri COVID-19 kepada pelajar kembali ke kampus.
2. Ujian swab RT-PCR kepada pelajar IPT yang akan masuk ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diberikan secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan.
IPT menyediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing Bagi menguruskan kes-kes bergejala atau jangkitan.
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
0 Comments