MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Empat Tempat Pelaburan Akhirat Terbaik



EMPAT TEMPAT PELABURAN AKHIRAT TERBAIK |

 

1. Kepada kedua ibubapa

Pelaburan kepada ibubapa melalui amalan sedekah kepada mereka merupakan pelaburan pahala yang amat besar. Ia himpunkan tiga pahala, iaitu : 

1. Sedekah, 

2. Birr al-wālidayn (kewajiban berbakti kepada kedua ibubapa)

3. Silaturahim (hubungan persaudaraan/ kekeluargaan)

 

Allah SWT berfirman:

 

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa … ”

[an-Nisâ`/4:36]

 

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

 

 

2. Kepada kaum kerabat (adik beradik @ saudara mara)

Sedekah kepada mereka ini juga merupakan tempat terbaik untuk pelaburan akhirat. Ia meliputi pahala sedekah dan juga pahala silaturahim (mengeratkan hubungan).


Allah SWT berfirman:

 

‎مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ

‎Maksudnya : Apa-apa dari kebaikan yang kamu belanjakan adalah untuk kedua ibubapa dan juga kaum kerabat. 

  

Allah SWT berfirman:

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Surah al-Nisa’ (1)

 

 

3. Sedekah kepada individu yang memerlukan

Bahkan dalam situasi keadaan, antara kaum kerabat yang tidak memerlukan dan orang miskin yang lebih memerlukan, maka didahulukan mereka ini ke atas kaum kerabat.

 

 

4. Belanja makan

‎Tidak dinafikan perbuatan إطعام الطعام (memberi makan) merupakan suatu pelaburan yang baik. Ini umumnya dilakukan kepada sahabat-sahabat, jiran tetangga, dan seumpamanya. Bahkan kebiasaannya, ‘hibah’ yang diterima adalah segera di dunia lagi.

 

‎وما أنفقتم من شيء فهو يخلفه

‎Maksudnya : Sesuatu yang kamu belanjakan, maka Allah akan menggantikannya semula.

 

Allah SWT berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya, Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Dan apa saja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki.”

Surah Saba’, ayat 39

 

‎Maka tanamkan dalam minda kita, apa yang dibelanjakan untuk kebaikan pasti Allah akan memberikan kebaikan kepada kita. Kerana rezeki dan Rahmat Allah itu maha luas

 


 Kredit Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments