RM60 juta sudah disalur kepada institusi pendidikan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyalurkan bantuan RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abd Aziz Jusoh, berkata peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik COVID-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.
Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel penuh di : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/857144/rm60-juta-sudah-disalur-kepada-institusi-pendidikan-islam?s=08
0 Comments