Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk.
Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam
Secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan.
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai penjagaan diri dan mini mart.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan.
Masa Operasi: Sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
Kedai farmasi.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Stesen minyak.
Masa Operasi: 6.00 Pagi - 8.00 Malam
Stesen minyak di lebuh raya bertol.
Masa Operasi: Sehingga 24 jam
Pasar raya, pasar raya besar dan departmental store.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Kedai buku dan alat tulis, kedai komputer dan telekomunikasi.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata.
Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pasar harian dan pasar awam
Masa Operasi: 6.00 Pagi - 4.00 Petang
Pasar Segar Terkawal (PST)
Masa Operasi: 7.00 Pagi - 2.00 Petang
Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Masa Operasi: 6.00 Pagi - 4.00 Petang
Pasar borong
Masa Operasi: 12.01 Pagi - 6.00 Pagi
&
Masa Operasi: 11.00 Pagi - 4.00 Petang
Pasar pagi dan pasar tani
Masa Operasi: 7.00 Pagi - 11.00 Pagi
Pasar malam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
Pelanggan yang ingin memasuki kawasan pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan pasar minggu MESTI menunjukkan kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 yang membuktikan pelanggan tersebut telah divaksinasi lengkap.
Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa 1 Tarikh Kuat Kuasa 20 Ogos 2021
Masa Operasi Perniagaan Fasa 1 Tarikh Kuat Kuasa 20 Ogos 2021
Masa Operasi Perniagaan Fasa 2 Tarikh Kuat Kuasa 16 Ogos 2021
Masa Operasi Perniagaan Fasa 3 Tarikh Kuat Kuasa 16 Ogos 2021
0 Comments