MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keutamaan Diam



Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, daripada Nabi SAW bersabda: 


الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ.


Maksudnya: "Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Tanda-tanda peribadi Muslim dan kuatnya iman kepada Allah SWT dan hari akhirat ialah seorang itu hendaklah mengatakan hal-hal yang baik sahaja atau hendaklah diam.


Berikut dikongsikan beberapa Keutamaan Diam 


1. Terselamat dari dosa / musibah lisan

2. Jauh dari penyakit hati

3. Permusuhan dapat dicegah

4. Tidak menyakiti hati orang lain

5. Suasana lebih harmoni & tenang

6. Menutup segala aib

7. Sebaik - baik perhiasan seorang mukmin

8. Menyelamatkan seseorang dari pelbagai perkara


Andai saja kita tahu tajamnya perkataan mampu meninggalkan parut di hati orang lain, kita akan lebih banyak diam daripada bicara tanpa keperluan.


Saidina Umar al-Khattab berkata "Aku tidak pernah sekalipun menyesali diamku. Tetapi aku berkali-kali menyesali bicaraku."



Sumber: Bacaan Agama

Gambar : Pinterest

Post a Comment

0 Comments