Kemudahan Tambahan Sektor Sosial dan Ekonomi Bagi Individu Vaksinasi Lengkap (Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Seterusnya) Berkuatkuasa Jumaat, 20 Ogos 2021.
MAKSUD VAKSINASI LENGKAP
VAKSIN COVID-19 DUA (2) SUNTIKAN
(Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac)
14 hari selepas suntikan dos kedua
VAKSIN COVID-19 SATU (1) SUNTIKAN
(CanSino dan Johnson & Johnson)
28 hari selepas suntikan
AKTIVITI DINE-IN BAGI NEGERI-NEGERI FASA 1 PPN
Menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik
Pemilik premis kedai makan perlu pastikan individu yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
Dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis tersebut dengan mematuhi protocol kesihatan umum
AKTIVITI SUKAN, REKREASI & RIADAH TANPA SENTUHAN FIZIKAL & BUKAN BERKUMPULAN
Masa: 6.00 pagi – 10.00 malam
Patuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka
Aktiviti di Club House:
Dine-in di restoran / kafe DIBENARKAN (selaras dengan kebenaran dine-in)
Operasi di bilik persalinan / bilik mandi – TIDAK DIBENARKAN
Jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestarian, memanah, mendaki, tenis, (single), badminton (single), golf, permotoran & seumpamanya
Perkelahan & Perkhemahan:
Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah DIBENARKAN dengan pematuhan SOP yang ketat.
OPERASI PASAR MALAM & PASAR MINGGU
PASTIKAN pelanggan yang memasuki Kawasan pasar malam / pasar minggu MESTI menunjukkan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
Sumber: MKN
0 Comments