Fenomena Halo Matahari adalah suatu fenomena lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari. Ini adalah suatu fenomena optik yang boleh dilihat pada waktu siang.
Fenomena ini berlaku disebabkan cahaya Matahari melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.
Halo Matahari berlaku di atmosfera Bumi. Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Fenomena Halo Matahari berlaku pada 2007, 2015 & 2021 ( 02 Ogos 2021).
Di Malaysia fenomena ini pada tahun Di atas berlaku sebelah petang dalam purata masa 1.30 petang - 3.00 petang.
Sumber/Kredit: Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Melaka & Wikipedia
0 Comments