MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Melunaskan Hutang



DOA MELUNASKAN HUTANG


Daripada Sayyidina Ali كرم الله وجهه bahawasanya ada seorang budak mukatab datang kepadanya dan berkata: “Sesungguhnya saya tidak mampu membayar ansuran untuk memerdekakan diri saya, maka berilah bantuan.”


Kemudian Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata: “Mahukah kamu saya ajari beberapa kalimat yang telah diajarkan Rasulullah ﷺ kepada saya, di mana bila kamu mempunyai hutang sebesar gunung misalnya, nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadamu untuk segera melunaskannya, iaitu bacalah:


اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ 

وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


“Wahai Allah, cukupkanlah kepada saya rezeki yang halal dan jauhkanlah dari rezeki yang haram, serta kayakan saya atas kurnia-Mu yang mana sebenarnya tiada yang dapat menjadikan kaya selain Engkau.”


HR Tirmizi


- perkongsian daripada pengajian bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM 180621


@habibalizaenalalhamid 


Post a Comment

0 Comments