ADAB-ADAB BERDOA
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Al Auzai menceritakan dari Zuhri, dari Urwah, dari Aisyah r.a. Rasulullah pernah bersabda :
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh- sungguh semasa ia berdoa.”
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
Sabda Nabi s.a.w:
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih).
3. Hendaklah :
Makanan dan minuman.
Pakaian dan sebagainya dari harta yang halal.
Kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.
Daripada Ibn 'Abbas melalui al-Awsat dengan lafaznya, beliau berkata: "Ayat al-Quran ini (surah al-Baqarah, ayat 168) dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w:
"Wahai manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik". Lalu Sa'ad bin Abi Waqqas bangun dan berkata: Wahai Rasul Allah, tolonglah berdoa kepada Allah SWT dan pintalah supaya doa aku ini diterima. Maka, Baginda menjawab: Wahai Sa'ad, bersihkanlah makananmu dan percayalah doamu akan diterima oleh Allah SWT.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan :
Dosa.
Khianat.
Memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan :
Bertaubat.
Istighfar.
hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan sebagainya).
7. Rendah diri, tidak putus asa
Ya Allah aku sudah lemah, aku tidak mampu. Tapi aku tidak pernah bosan meminta kepada-Mu.
Kredit gambar : Pinterest
0 Comments