MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tawakal Umpama Burung

 





Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 


لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا


"Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang."



Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ.


 "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung." (HR Muslim No: 2840). Status: Hadis Sahih


Nabi s.a.w. bersabda:


“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab R.A.)


Rezeki bukan sekadar wang, makanan, harta benda, kekayaan namun rezeki hadir dalam pelbagai ruang seperti kesihatan yang baik, umur yang panjang, kebahagian rumah tangga, ilmu yang bermanfaat dan pelbagai lagi.


Tawakal mesti didahulukan dengan usaha dan ikhtiar. Bukan semata-mata menyerahkan kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar. 


Menurut Imam Al-Ghazali, tawakal itu digunakan dalam tiga tempat:


1) Tawakal kepada keputusan Allah. Maksudnya, engkau harus memiliki keyakinan penuh dan merasa puas dengan keputusan apa pun dari Allah. Hukum Allah tak akan berubah, seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis.


2) Tawakal kepada pertolongan Allah. Engkau harus bersandar dan percaya penuh pada pertolongan Allah Azza wa Jalla. Jika engkau menyandarkan diri pada pertolongan Allah dalam dakwah dan perjuangan bagi agama Allah, maka Allah pasti akan menolong mu.


3) Tawakal berkaitan dengan pembahagian rezeki yang diberikan oleh Allah. Engkau

harus yakin bahawa Allah Azza wa Jalla akan mencukup nafkah dan keperluan kita sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal kepada-Nya, nescaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Burung itu keluar dari sarangnya di pagi hari dalam keadaan perut yang kosong dan pulang di petang hari dalam keadaan perut terisi penuh.” 

(HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa-i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-

Hakim)


Allah SWT berfirman, 

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan

mencukupkan (keperluan)-nya.” 

(QS At-Talaq: 3)


Tawakal umpama burung yang memiliki hati penuh keyakinan. Yakin bahawa apabila keluar dari sarang, rezeki baginya tetap ada. 



MyWilayah.com


Post a Comment

0 Comments