MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Ibadah Korban

 


Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا


Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]


Bagi yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah mengetahui:-

Syarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Ibadah Korban.

Ciri-Ciri Haiwan Korban

1. Haiwan ternakan sahaja

2. Sihat

3. Tidak Cacat

4. Telah mencapai tahap umur minimum

a. Kambing Biri-Biri ( 1 tahun dan ke atas)

b. Kambing ( 2 tahun dan ke atas)

c. Unta (5 tahun dan ke atas)

d. Lembu/ Kerbau ( 2 tahun dan ke atas) 


Waktu penyembelihan sesudah solat sunat sunat Hari Raya Aidiladha/Korban sehingga sebelum Maghrib 13 Zulhijjah.


Sumber: JAKIM

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments