MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Operasi Perniagaan PKP 3.0 Fasa 2



Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi secara bawa pulang.


Masa Operasi: 6.00 Pagi - 10.00 Malam

Pandu lalu atau penghantaran. Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan.

Aktiviti berkelah tidak dibenarkan.



Kedai runcit dan kedai serbaneka.

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam



Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan.

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam



Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan. 

Masa Operasi: 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi



Stesen minyak.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 8.00 Malam

Stesen minyak di lebuh raya bertol.

Masa Operasi: Sehingga 24 jam



Pasar raya, pasar raya besar dan departmental store.

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam


(Tertakluk kepada Senarai Perkhidmatan Perlu Mengikut Sektor - Perdagangan Pengedaran).



Kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart, kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi dan barangan elektrik.

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam


 

Kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) dan salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam



Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan.

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam



Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cuci kereta dan kedai cermin mata.

Masa Operasi: 8.00 Pagi - 8.00 Malam


Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.




Pasar harian dan pasar awam 

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 2.00 Petang




Pasar Segar Terkawal (PST)

Masa Operasi: 7.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

 


Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 4.00 Petang



 
Pasar borong

Masa Operasi: 12.01 Pagi - 6.00 Pagi
&
Masa Operasi: 11.00 Pagi - 4.00 Petang

 


Pasar Tani dan Pasar Pagi 

Masa Operasi: 7.00 Pagi - 11.00 Pagi


Terhad kepada komoditi utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).


Pasar malam dan pasar minggu tidak dibenarkan beroperasi.




Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) - SOP Fasa 2. Tarikh Berkuatkuasa 5 Julai 2021.





Post a Comment

0 Comments