Maksud adab ialah meletakkan segala sesuatu sesuai pada tempatnya dan kedudukannya.
Dengan adab, amal kecil akan bernilai besar dan sebaliknya tanpa adab amal besar boleh tidak bernilai.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata:
"Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu.
Kalau hanya berilmu , iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia."
Yusuf bin Al Husain berkata:
بالأدب تفهم العلم
“Dengan mempelajari adab maka engkau akan memahami ilmu”.
Syaikh Sholeh Al ‘Ushoimi berkata :
“Dengan memperhatikan adab maka akan mudah meraih ilmu. Sedikit perhatian pada adab, maka ilmu akan disia-siakan.”
Al-Habib Umar bin Hafidz berkata:
Orang yang tinggi adab walaupun kekurangan ilmu, masih lebih mulia daripada orang yg banyak ilmu tetapi kekurangan adab.
Ibnul Mubarak -rahimahullah- berkata:
“Aku mempelajari adab selama 30 tahun, kemudian aku menuntut ilmu selama 20 tahun. Beliau mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu”.
(Min Hadyis Salaf fi Thalabil Ilmi)
Beliau juga mengatakan,
“Adab itu 2/3 (dua per tiga) ilmu”.
(Min Hadyis Salaf fi Thalabil Ilmi)
Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan adab-adab dalam aspek kehidupan dan antara sebab Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakan atau mengajarkan akhlak kepada sekalian manusia.
Di antara kemulian akhlak itu adalah sikap hormat menghormati dan bantu membantu di antara satu sama lain.
Gambar: Pinterest
2 Comments
Salam, maaf mengganggu. Nak tnya, setakat yang saya tahu “meletakkan sesuatu sesuai dgn tempatnya dan kedudukannya” adalah takrifan untuk perkataan “adil” dari segi syariat, bukan untuk perkataan “adab”. Bukan kah adab biasanya dirujuk sebagai tatacara atau tingkah laku yang baik? Mohon pencerahan sekiranya saya silap🙏🏻
ReplyDeleteassalamualaikum, maaf jika pemahaman saya Salah Mohon tunjuk ajar. Mengikut kefahaman saya Pula mmg benar "Adil". Orang yg mementingkan/mengutamakan
Delete" adab" ..pasti Akan berlaku " Adil "