Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM 1,000 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan Covid-19, selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.
Permohonan bagi bantuan ini akan dibuka bermula 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021, menerusi laman sesawang https://www.selangorprihatin.com.
Penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600.
Hebahan PakejKitaSelangor2 SelangorPrihatin BantuanKhairatKematian
Sumber/Kredit: mediaselangor
0 Comments