MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

7 Kepentingan Selawat

 


πŸ• πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓


𝟏- ππ„π‘πˆππ“π€π‡ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇

surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud: β€œSesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”


𝟐- 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 πŒπ„πŒππ€π‹π€π’ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 π‡π€πŒππ€ππ˜π€

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : β€œSesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]


πŸ‘- πŒπ„πŒππ”π€ππ† πŠπ„π‘πˆπ’π€π”π€π

 Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya : β€œYa Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: β€œSekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: β€œAku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: β€œSekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;


Aku berkata: β€œKalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: β€œSuka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: β€œKalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: β€œSuka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;


Aku berkata: β€œ(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: β€œJika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu … Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim


πŸ’- πƒπˆπ€πŒππ”ππŠπ€π πƒπŽπ’π€

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : β€œBarangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]


πŸ“- 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 πŒπ„πŒππ€π‹π€π’ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π’π€π‹π€πŒ

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; β€œTiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]


πŸ”- πŒπ„π‘π€πˆπ‡ π’π˜π€π…π€π€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 πƒπˆ π€πŠπ‡πˆπ‘π€π“

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]


πŸ•- πƒπŽπ€ πŒπ”πƒπ€π‡ π“π„π‘πŠπ€ππ”π‹

Ali bin Abi Talib r.a berkata : β€œDoa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]


Wallahua'lam. Moga bermanfaat. 

Jom selawat! Allahumma Solli Ala Muhammad!


Kredit: Ustaz Daniyal Don

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments