MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tabayyun Sebelum Percaya

 



TAZKIRAH... TABAYYUN SEBELUM PERCAYA


Apa itu TABAYYUN? Tabayyun adalah satu sikap meneliti dlm mengenal pasti kebenaran sesuatu berita, cerita atau maklumat tanpa terus mempercayainya begitu saja. Sifat ini wajib ada pada seseorang muslim kerana ianya merupakan kunci kerharmonian hidup bermasyarakat. Tanpanya akan menyebabkan timbulnya fitnah dan kekeruhan dlm perhubungan diantara masyarakat. Firman Allah yg bermaksud :

Wahai org yg beriman, jika dtg kpd kamu seorang fasik membawa suatu berita, selidikilah terlebih dahulu supaya kamu tidak bertindak melulu terhadap sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas tindakan itu

(Al Hujurat ayat 6)


Dlm ayat ini jelas mengambarkan betapa pentingnya utk kita utk menyelidiki terlebih dahulu sesuatu berita agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Namun begitu pada hari ini amaran yg diberikan oleh Allah kpd kita melalui firman Nya itu tidak diambil endah oleh kebanyakkan kita. Dlm dunia yg tiada sempadan ini kita cukup mudah utk menyampaikan sesuatu berita tanpa kita ketahui samada ianya benar atau tidak. Keadaan ini terjadi disebabkan sifat hasad dengki yg ada dikalangan kita lalu bertindak menyebarkanya kpd umum tanpa ada rasa bersalah dlm diri kita. Walaupun kita sedar yg kita telah mengaibkan saudara seagama namun kerana ingin menjauhkan maruahnya maka kita tetap melakukannya sedangkan agama melarang kita mengaibkan saudara seagama. Nabi saw bersabda yg bermaksud :

Sesiapa yg menutup kesalahan seorang muslim nescaya Allah akan menutup kesalahannya diakhirat

(HR Ahmad)


Rasulullah saw tidak menyukai org yg menceritakan berita aib seseorang kpdnya. Baginda mahu berlapang dada dgn semua org. Seandainya baginda mengetahuinya sekalipun baginda akan menutup kekurangannya.

Inilah sikap yg harus ada pada kita umat Muhammad. Belajarlah dan berusaha utk berkata tidak tahu kerana ini lbh menjamin akan kerharmonian dan keamanan masyarakat. Hendaknya kita byk berdiam kecuali dlm perkara2 yg benar dan pasti akan kesahihannya. Tanyakanlah sikap berlapang dada dlm diri serta mendahulukan sikap bersangka baik.


JUSTERU ITU MARILAH MENJADI LBH BERETIKA DLM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SERTA SUMBER AGAR KITA SENTIASA TERPELIHARA DISISI ALLAH SWT.


RENUNG2KANLAH


@islamitu_indah


Post a Comment

0 Comments