Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menyediakan perkhidmatan Online Appointment System atau dikenali sebagai Sistem Temujanji Dalam Talian. Bersesuaian dengan norma baharu dan memutuskan rantaian wabak Covid-19 pada masa yang sama dapat memberikan perkhidmatan perlu serta memudahkan setiap pelanggan SESB walaupun dalam situasi yang mencabar.
Antara urusan-urusan yang disediakan melalui Online Appointment System:-
1. Permohonan Bekalan Elektrik Baharu
2. Naik Taraf Perkhidmatan Bekalan Elektrik
3. Penukaran Nama Akaun
4. Penutupan Akaun
Pelanggan adalah diwajibkan membuat Temujanji Dalam Talian sebelum hadir ke kaunter SESB yang berdekatan.
Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat Temujanji Dalam Talian.
Pilih lokasi SESB yang berdekatan atau lokasi SESB yang pelanggan ingin berurusan dan tekan SETERUSNYA
Pilih perkhidmatan yang ingin pelanggan berurusan seperti yang tertera di dalam paparan skrin di atas dan tekan SETERUSNYA
Pilih tarikh Temujanji Dalam Talian dan tekan SETERUSNYA
Isi maklumat Nama, Nama Keluarga,Email dan Telefon Bimbit dan tekan SETERUSNYA
Sila sahkan maklumat seperti yang dipaparkan di atas skrin dan tekan Pengesahan Temujanji
Ingin berurusan secara Temujanji Dalam Talian tekan pautan: Online Appointment System
Semoga bermanfaat untuk semua terutamanya pelanggan SESB
Sistem temujanji online SESB telah dimansuhkan/tidak digunapakai bermula Oktober 2022 berikutan Malaysia telah memasuki fasa endemik (COVID-19). Pengguna/orang ramai boleh berurusan ke pejabat/ kaunter SESB secara terus.
Kredit: Facebook SESB Careline & BADUSINFO.COM
0 Comments