SENARAI PERKHIDMATAN PERLU YANG DIBENARKAN BEROPERASI
1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
3. Air
4. Tenaga
5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11. Pajak gadai
12. E-dagang dan teknologi maklumat
13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu
PERKHIDMATAN PERLU MENGIKUT SEKTOR
A. Pembuatan (Kapasiti 60% pekerja)
1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul-MRO)
2. Makanan dan minuman
3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
4. Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
7. Komponen bagi peranti perubatan
8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
B. Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima)
1. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya
2. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
C. Pembinaan
1.Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
2.Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
3. Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
D. Perdagangan Pengedaran
1. Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.
2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja,
3.Restoran
4. Dobi (termasuk layan diri)
5. Other Specialty Retail Stores (stesen minyak)
6. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
7. Kedai cermin mata dan barang optik
8. Kedai hardware
9. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
10. E-dagang (semua kategori produk)
11. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)
E. Lain-Lain Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagai mana yang ditentukan oleh Kerajaan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
Sumber: SOP AM PKP, Tarikh Kemaskini 2 Jun 2201
0 Comments