MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Perniagaan Ketika PKP 3.0 Bagi Negeri Sabah

 


Aktiviti Dalam Kawasan PKP

Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan DIBENARKAN beroperasi dengan pematuhan SOP sedia ada.

 

Kegiatan berkaitan sektor ekonomi perkhidmatan perlu (essential services) dan rantaiannya merangkumi pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, industri dan perniagaan adalah DIBENARKAN beroperasi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

 

Restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (foodtruck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, atau kiosk DIBENARKAN secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran. Dine-in dan Park-and-dine TIDAK DIBENARKAN.

 Masa Operasi: 7.00 Pagi - 7.00 Malam

 

Kedai runcit, kedai serbaneka (convenience store), pasaraya mini (mini market) dan pasaraya (hypermarket) DIBENARKAN.

 Masa Operasi: 7.00 Pagi - 7.00 Malam

 

Kompleks membeli belah (hanya bagi premis pasaraya, pasaraya besar yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi dan penjagaan diri, kedai serbaneka/ mini mart dan restoran) DIBENARKAN.

 Masa Operasi: 7.00 Pagi - 7.00 Malam

 

Stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak DIBENARKAN.

 Masa Operasi: 6.00 Pagi - 8.00 Malam

 

Premis premis berikut DIBENARKAN dengan memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan: 

Masa Operasi: 7.00 Pagi - 7.00 Malam

a.Kompleks membeli belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya , pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah;

b.Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja;

c. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan;

d. Dobi (termasuk layan diri);

e. Other Speciality Retail Store (stesen minyak)

f. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan;

g. Kedai cermin mata dan barang optik;

h. Kedai hardware;

i. Bengkel kenderaan, penyelenggaran dan alat ganti;

j. E-dagang (semua kategori produk); dan

k. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja).


Pasar borong dan pasar awam DIBENARKAN tertakluk kepada penilaian risiko dan kebenaran beroperasi oleh PBT dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT seperti waktu operasi berikut:

i. Pasar borong Masa Operasi: 12.01 Pagi - 6.00 Pagi

ii. Pasar awam Masa Operasi: 6.00 Pagi - 3.00 petang

 

Pasar tamu,pasar minggu, pasar tani dan pasa rmalam TIDAK DIBENARKAN.


Sumber: SOP PKP bagi Seluruh Negeri Sabah. Dikemaskini pada 1 Jun 2021

Masa Operasi Perniagaan PKP 3.0 Bermula 1 Jun 2021


Post a Comment

0 Comments