MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Makna Al-Fatihah



ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ

ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ...‎ 


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah 1:1)


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (Al-Fatihah 1:2)


Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah 1:3)


Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (Al-Fatihah 1:4)


Hanya kepada-Mu lah (ya Allah) kami menyembah dan hanya kepada-Mu lah (ya Allah) kami memohon pertolongan (Al-Fatihah 1:5)


Tunjukilah kami jalan yang lurus Al-Fatihah 1:6)


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka (para Nabi), bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai (Nasrani) dan bukan pula orang-orang yang sesat (Yahudi).   (Al-Fatihah 1:7)


Berapa ramai antara kita mengerti apa yang diucapkan setiap kali solat ketika membaca Ummul Kitab yakni surah Al-Fatihah? Dan ketahuilah setiap kali kita membacanya dengan penuh khusyuk maka Allah akan menjawab setiap permintaan kita. Surah Al-Fatihah juga ialah suatu doa yang mencukupi. 


Abu Hurairah berkata: "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ‘Allah berfirman: ‘Aku membahagi solat antara Aku dengan hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia minta. 


Apabila seorang hamba berkata, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.’ Maka Allah berkata, ‘Hamba-Ku memuji-Ku.’ 


Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’ Allah berkata, ‘Hamba-Ku memuji-Ku.’ 


Apabila hamba tersebut mengucapkan, 'Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)'.’ Allah berkata, ‘Hamba-Ku memuji-Ku.’ Selanjutnya Dia berkata, ‘Hamba-Ku menyerahkan urusannya kepada-Ku.’ 


Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Hanya kepada-Mu lah aku menyembah dan hanya kepada-Mu lah aku memohon pertolongan.’ Allah berkata, ‘Ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku. Dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia minta’. 


Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus , iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka (para Nabi), bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai (Nasrani) dan bukan pula orang-orang yang sesat (Yahudi).’ Allah berkata, ‘Ini untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia minta’.” 


(Sahih Muslim, no. 598, Sunan Abu Daud, no. 699)



Kredit: @DakwahSentapOfficial & penulis

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments