MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Tutup Aib Seseorang



أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة


Bahawa Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. 

(Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih


Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa, Rasulullah S.A.W bersabda:


لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat."

(HR Muslim)


Sabda Rasulullah:


مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”

(HR Ibn Majah)


Dengan sebab itu Allah menyukai hamba-Nya yang menyembunyi keaiban dosa orang lain. 


Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.


Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.


Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:


a.  Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar. 


b.  Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut


Menutup aib seorang bukan bererti menyembunyikan kemungkaran dan bukan bererti membiarkan kemaksiatan. Dengan menasihatinya dan menjaga kehormatan dan kemuliaannya.


Kelebihan menutup aib seseorang 

1. Disukai oleh Allah SWT & Rasulullah SAW.

2. Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat

3. Telah menunaikan hak, seorang muslim atas saudara muslimnya ialah menutup auratnya serta menjaga kehormatannya. 

4. Mendapat pahala disisi Allah SWT

5. Dapat menjaga hubungan sesama insan dalam berkeluarga, persahabatan dan bermasyarakat.

6. Disenangi dan disukai oleh keluarga, rakan dan masyarakat.

7. Dapat sentiasa mengingati Allah SWT


Doa Agar Allah Menutupi Aib


Kredit: Harakah Daily, @islamitu_indah & Penulis sendiri

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments