Bagi pelanggan yang telah mengambil/memperbaharui
takaful kenderaan dan takaful keluarga di Takaful Malaysia. Perkhidmatan myTakaful Customer yang boleh diakses
melalui laman sesawang Takaful Malaysia. Perkhidmatan ini sangatlah di syorkan bagi
setiap pelanggan mempunyai akaun myTakaful
Customer ini.
myTakaful Customer menyediakan maklumat di antaranya:-
1. Senarai sijil yang dimiliki oleh pelanggan
2. Maklumat mengenai sijil, rekod pembayaran, tarikh berkuat kuasa, tarikh matang, jumlah sumbangan
3. Kemudahan mengemas kini maklumat peribadi seperti nombor perhubungan, alamat e-mel, maklumat akaun bank.
4. Salinan dokumen bagi menyokong Cukai Pendapatan dan Penyata Tahunan.
Disini difokuskan kepada pendaftaran myTakaful Customer bagi tujuan membuat tuntutan cash back/ wang pulangan yang diberikan oleh pihak Takaful Malaysia kepada pelanggannya.
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran login myTakaful Customer
Pastikan pelanggan mempunyai nombor telefon & e-mel
Cara Pendaftaran myTAKAFUL CUSTOMER PORTAL LOGIN
Layarai laman sesawang Takaful Malaysia
Masukkan No Kad Pengenalan
Kemudian tick pada I’m Not A Robot, dan buat pengesahan. Tekan Next
Masukkan Frasa Keselamatan & Password. Tekan Next
Pendaftaran akaun pengguna anda berjaya.
Cara login myTAKAFUL CUSTOMER PORTAL LOGIN
Layarai laman sesawang Takaful Malaysia
Tekan Portal Login myTakaful Customer
Masukkan USER ID (No. Kad Pengenalan), Tekan Next
Pastikan Frasa Keselamatan terpapar dan tepat. Tekan Yes,It’s Me
Login ke akaun myTakaful Customer berjaya
Cara membuat kemaskini maklumat Akaun Bank di dalam myTakaful Customer
Tekan REQUESTS Seterusnya paparan di bawah akan dipaparkan dan tekan UPDATE PAYMENT METHOD
Isikan maklumat akaun bank Bank Name, Account No. Account Type
Setelah pengisian maklumat bank di atas seleseai pihak Takaful Malaysia akan memberikan no. OTP ke telefon pelanggan/anda. Sila semak telefon/smartphone bagi tujuan penegsahan dan masukkan no. OTP seperti yang diperlukan oleh sistem dan tekan Continue.
Maklumat lanjut berhubung cara daftar Takaful Malaysia & membuat kemaskini no. akaun bank bagi tujuan cash back sila hubungi Takaful Malaysia:
Customer Service Unit 1-300 88 252 385
Email: csu@takaful-malaysia.com.my
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat terutamanya pelanggan/individu yang ingin mendapatkan cash back yang diberikan oleh Takaful Malaysia melalui pemakluman yang dimajukan kepada pelanggan yang layak melalui emel berdaftar dalam sistem Takaful Malaysia.
Sumber/Kredit: Admin juga adalah pelanggan Takaful Malaysia), Takaful Malaysia
0 Comments