MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

10 Formula Ini, Jika Diamalkan Insya-Allah Berjaya Dalam Hidup



LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...


Sharing Tulisan Dato Roslan Abd Hamid.


Saya jumpa lelaki tua ini umur 70han Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid Baca al Quran..


Rumah sgt besar  dkt dgn masjid. Sangat kaya

Ada bangunan komesial bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan kutip sewa dlm RM70k sebln.Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. 

Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..


Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. 

Katanya malu. Saya minta 1 formula, dia beri 10.

Saya catat & mahu kongsikan..


1. Pertama, dia kata muliakan IBUBAPA. Doa ibubapa adalah SEGALA2NYA. Ia tiada hijab, terus termakbul. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia. DOAKN mereka selalu.


2. JAGA MASA. Ia datang & berakhir. URUS masa antara 5 waktu solat dan ATUR KERJA dgn sebaik cara. BERADA di masjid, sebelum azan..

Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..


3. BERDOA dgn KHUSYUK. BerSERAH pada ALLAAH & bertawakal lah. Allaah tahu apa yg terbaik utk kita..


4. Namun begitu, kena lah BERUSAHA. Usaha pagi ptg siang & mlm. Usaha lah bersungguh2.. 

Usaha sampai dpt. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula. Adakan MASA utk baca  ALQURAN.


Maka dia pun nasihatkan saya..

"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran. Lelaki tua itu tidak berhenti baca surah al Ikhlas..

Kadang2 sampai 1000 kali sehari..


5. JAGA KESIHATAN. Banyak kan berjalan kaki.. 

Banyaknkan minum air masak atau air mineral..Jaga pemakanan..


6. Hidup kena BUAT target & kena ada WAWASAN..

Ikat perut & USAH membazir.. 

Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..

Usah BERLAGAK org kaya, padahal kita teman pada syaitan..

Sentiasa lah BELANJA org mkn & minum.. 

Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan KEBERSIHAN kedai itu. Apabila bersih masuk.. 

Disitu kita akan temui ramai org susah..

Belanja mereka mkn & minum..


7. Bila WAKTU MAGHRIB, usah berada di atas jln... 

Apabila dlm perjalanan, berhenti. Cari lah masjid..

Apabila di rumah, tutup pintu rapat2. Malam, BUANG sampah sarap. BASUH pinggan mangkuk.. 

Pastikan semua teratur sebelum tidur..

Gunakan waktu ANTARA maghrib & isyak utk TUNTUT ILMU AGAMA. Boleh dgr org mengajar dan juga baca kitab..


8. USAH TAKUT jumpa org. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. 

Usah pakai posmen apabila depani soal penting..

Biar kita merangkak panjat bangunan..

Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. 

Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..


9. BALIK MLM, usah cakap penat, usah cakap letih..

Usah cakap sakit. Apabila sakit, SENYUM..

ALLAAH sedang LURUHKN/BERSIHKN dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..

Semua pernah, termasuk lah RASUULULLAAH S.A.W.. 

Namun, Baginda S.A.W. ajar kita utk MAAFKN semua org..


10. NIAT kan mahu KAYA..

Niat kan mahu BANTU ramai org.. 

Niat mahu jadi manusia berguna..

Niat itu MACAM tulis surat.. 

Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..

Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka TULIS alamat betul2.. .


Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah/TAULADAN, yang buruk jadikan sempadan... dakwah...bersama beramar maaruf dn nahi mungkar.



Post a Comment

0 Comments