Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (foodtruck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga12.00 malam.
Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula jam 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam. Dine-in (termasuk buffet Ramadan di restoran dan hotel) TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga12.00 tengah malam.
Hospital, klinik, pusat kutipan darah dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
Kedai farmasi beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 12:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24jam.
Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 2:00 petang. Pasar pagi dihadkan untuk barangan keperluan harian dan tempoh operasi adalah 6.00 hingga 10.00 pagi.
Bazar Ramadan TIDAK DIBENARKAN beroperasi bermula pada 8 Mei 2021.
Bazar Aidilfitri serta pasar malam adalah DIBENARKAN beroperasi sehingga 10.00 malam dalam tempoh PKP dengan kawalan yang ketat (seperti had jumlah pengunjung dalam satu-satu masa, sistem bernombor, tidak dibenarkan membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun dan lain-lain perkara yang akan diputuskan dari semasa ke semasa) oleh Pengurusan bazar/ PBT/ RELA/ APM. Semua pengurusan wajar melantik pegawai pemantau bagi memastikan pematuhan kepada SOP Protokol Kesihatan Umum.
Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.
Klinik dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Lain-lain aktiviti yang diberikan kelulusan oleh Kementerian/ Agensi/ PBT dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
Sumber: SOP PKP Selangor, 6 Mei 2221, MKN
0 Comments