SEKATAN RENTAS DAERAH DIAWALKAN
1. Jumlah kes COVID-19 di Sabah merekodkan tiga angka sejak tiga hari lalu dengan bilangan masing-masing 160 kes (19 Mei 2021), 245 kes (20 Mei 2021) dan 144 kes (21 Mei 2021).
2. Susulan perkembangan tersebut, Kerajaan Negeri akan melaksanakan SEKATAN RENTAS DAERAH (Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikategorikan sebagai satu (1) daerah) yang berkuatkuasa mulai pada 24 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021, tertakluk kepada kajian semula.
3. Perlaksanaan Sekatan Rentas Daerah ini bertujuan untuk mengawal pergerakan dan jangkitan antara daerah-daerah dalam kategori merah dan jingga ke daerah-daerah kategori hijau dan kuning.
Sumber: KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
0 Comments