Akhirnya apa yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.
1.Tak banyak keluh kesah.
Baik suami. Begitu juga isteri. Apa yang dapat sentiasa syukur. Benda sikit dirasakan banyak. Benda banyak dijadikan infak.
2.Tak banyak komplen.
Kalau isteri larat buat kerja, buat. Kalau tak buat suami tak kata apa. Kalau suami banyak duit, isteri suka. Tapi kalau tak banyak, isteri tak hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata. Tak jadi isu. Tak panjang cerita.
3. Fizikal bukan lagi tarikan.
Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila dia dah naik badan. Tapi suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isterinya suami masih kekal kacak. Tapi dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.
4. Berebut buat kebaikan.
Isteri belanja KFC. Suami belanja pizza. Isteri belikan baju. Suami belikan handbag. Isteri masakan lauk. Suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja tapi berebut untuk lebih banyak beri jasa. Masing-masing berebut nak kejar pahala.
5. Jadi insan lebih baik.
Isteri mula-mula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung. Lepas tu upgrade tudung labuh. Lepas tu top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah. Lepas tu tambah pula dengan ajar anak isteri di rumah. Saling berpesan pesan dan saling ingat mengingatkan.
6. Anak-anak yang mudah diurus.
Dengan izin Allah, seperti taatnya suami isteri pada Allah begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah. Tak buat hati mak ayah susah.
7. Rezeki melimpah ruah.
Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, ada jiran hantar. Masa susah ada bantuan tiba. Tak banyak tapi sentiasa ada. Cuma tibanya cepat atau lambat saja.
8. Amalan makin banyak.
Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah dia tambah pula amalan sunnah. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak ibadah.
9. Berlemah lembut.
Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.
10. Bertambah ilmu.
Tak kisah ilmu dunia atau akhirat. Masing-masing ada ruang upgrade diri. Semakin banyak ilmu, semakin matang bertindak. Semakin bijak berkehendak. Semakin kuranglah sikap kanak-kanak.
Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semuanya. Nak buat semuanya, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.
Tulisan asal
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
DOA KELUARGA BAHAGIA, MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN
اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.” (Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”
Kredit: Ustaz Don Daniyal
Gambar: Pinterest
0 Comments