Berikut dikongsikan Program Ziarah Hari Raya di kawasan PKP, PKPB, PKPP dan PKPD.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Hanya DIBENARKAN pada 1 SYAWAL sahaja TANPA MERENTAS DAERAH/NEGERI.
Kehadiran tetamu TIDAK MELEBIHI 15 ORANG pada satu-satu masa mengikut kapasiti yang bersesuaian saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera untuk pendaftaran atau menyediakan buku pendaftaran kehadiran.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Hanya DIBENARKAN pada 1-3 SYAWAL sahaja TANPA MERENTAS NEGERI.
Kehadiran tetamu TIDAK MELEBIHI 20 ORANG pada satu-satu masa mengikut kapasiti yang bersesuaian saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera untuk pendaftaran atau menyediakan buku pendaftaran kehadiran.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Hanya DIBENARKAN pada 1-3 SYAWAL sahaja TANPA MERENTAS NEGERI.
Kehadiran TETAMU TIDAK MELEBIHI 25 ORANG pada satu-satu masa mengikut kapasiti yang bersesuaian saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera untuk pendaftaran atau menyediakan buku pendaftaran kehadiran.
Perintah Kawalan Pergerakan Dieprketatkan (PKPD)
Hanya DIBENARKAN dalam kalangan ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.
TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk keluar daripada rumah melakukan amalan kunjung-mengunjung.
Sumber: MKN
0 Comments