MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Apa Itu Sistem HIDE?

 


Soalan  Lazim mengenai  Hotspot Identification  for  Dynamic  Engagement (HIDE) 


Umum


 1. Apakah  HIDE? 


HIDE  (Hotspot  Identification  for  Dynamic  Engagement)  merupakan  analisis  Data  Raya  dan kecerdasan  buatan  (AI)  yang  membuat  ramalan  ke  atas  sesebuah  premis  yang  berpotensi  menjadi titik  panas  penularan  COVID-19  dalam  jangka  masa  7  hari.  Analisis  yang  dibuat  adalah menggunakan data  daftar masuk MySejahtera  serta  pangkalan data  kesihatan sedia  ada.


Sistem  HIDE  akan  menyenaraikan  premis  berisiko.  Senarai  ini  akan  diterbitkan  oleh  Kementerian Kesihatan bagi  tujuan kawalan kendiri  oleh masyarakat  umum  dan premis  perniagaan.


2. Mengapa HIDE?


Dapatan  daripada  HIDE  akan  memudahkan  tindakan  awalan  secara  bersasar  dilaksankan  oleh pihak berwajib  bagi  membendung  penularan  COVID-19.  Hasil  pemerhatian  mendapati  90%  daripada kadar  transmisi  COVID-19  telah  berlaku  di  0.2%  premis  yang  berdaftar  dengan  MySejahtera. Dapatan  HIDE  akan  membantu  pihak  berkuasa  untuk  melaksanakan  tindakan  awalan  membendung penularan  COVID-19  secara  lebih  baik  dan  tersusun,  seterusnya  mengurangkan  kebergantungan kepada  langkah-langkah kawalan sedia  ada.


3. Adakah  premis-premis  ini  merupakan  kluster  jangkitan  sebenar? 


Tidak.  Premis  yang  disenaraikan  merupakan  premis  yang  berpotensi  menjadi  kluster,  sekiranya tiada  tindakan  awalan  diambil.  Ia  bukan  suatu  kluster  yang  telah  disahkan  sebagai  kluster penyebaran  COVID-19.  Oleh  itu,  premis  yang  tersenarai  di  bawah  HIDE  adalah  berbeza  daripada senarai  kluster yang dilaporkan setiap hari  oleh Ketua  Pengarah Kesihatan.


4. Siapa yang membangun  dan  menguruskan  sistem HIDE? 


Sistem  HIDE  dibangun  dan  diuruskan  oleh  CPRC  Analytics,  sebuah  unit  di  bawah  Kementerian Kesihatan  yang  dianggotai  oleh  para  pegawai  dari  pelbagai  kementerian  dan  agensi  kerajaan.  Ini bertepatan  dengan  pendekatan  menyeluruh  kerajaan (whole-of-government) dalam  menguruskan pandemik ini, di  samping dapat  mengurangkan kos  untuk pekerjaan dan pendapatan.



5. Siapakah  pemilik  HIDE, data serta analisis  yang terhasil  dari  sistem ini? 


Semua  data  berkenaan HIDE  dimiliki  oleh Kementerian Kesihatan. 



Untuk  pemilik  premis 


6. Mengapakah  premis  saya disenaraikan di  dalam HIDE? 


Senarai ini dibuat berdasarkan  penjejakan  kontak  data  daftar  masuk  MySejahtera, yang  mana sebilangan  besar  individu  berpotensi  terdedah  kepada  individu-individu  positif  COVID-19  telah mengunjungi  premis  anda. 


7. Jika premis  saya disenaraikan  dalam HIDE, adakah  saya perlu  menutup  premis  tersebut?  Apakah  tindakan  awal  (pre-emptive) yang perlu  saya ambil?


Tidak.  Premis  tidak  perlu  ditutup  kecuali  jika  diarahkan  oleh  pihak  berkuasa. dinasihatkan untuk mengambil  langkah awalan seperti  berikut: 


⁃ Bagaimanapun,  anda Meningkatkan  tahap  kewaspadaan  (memeriksa  status  risiko  daftar  masuk  MySejahtera  dan menghalang individu-individu ‘ 


⁃ berisiko tinggi ’ daripada  memasuki  premis); Melaksanakan  ujian  saringan  COVID-19  ke  atas  pekerja  sama  ada  melalui  ujian  RTK-Ag  atau RT-PCR


⁃ Memperketat  kawalan  pergerakan  orang  ramai  terutama  di  kawasan  sempit  atau  yang  sering dikunjungi  ramai.  


Semakin  pantas  tindakan  wajar  diambil,  semakin  tinggi  keupayaan  menghalang  sesuatu  kluster daripada  terbentuk. 



8. Adakah  tindakan  awalan  (pre-emptive) ini  perlu? 


Usaha  melawan  COVID-19  adalah  tanggungjawab  bersama.  Semua  pihak  mempunyai  peranan dalam  usaha  ini.  Tindakan  awalan  boleh  mengurangkan  jangkitan  serta  menghalang  pembentukan kluster baharu yang seterusnya  boleh menyelamatkan nyawa  dan memelihara  kehidupan. 



9. Berapa lama tempoh  tindakan  awalan  (pre-emptive) yang perlu  saya laksanakan? 


Tempoh  tujuh  (7)  hari  pertama  sejak  premis  anda  disenaraikan  dalam  HIDE  adalah  penting  (hari pertama  bermula  sejak  tarikh  premis  disenaraikan)  kerana  kluster  boleh  terbentuk  dalam  tempoh ini, sekiranya  tiada  langkah-langkah pencegahan dilaksanakan. Tindakan  awalan  (pre-emptive)  seperti  kawalan  pergerakan  orang  ramai  dan  ujian  saringan COVID-19  ke  atas  pekerja  adalah  langkah-langkah  terbaik  bagi  menghalang  penularan  COVID-19. Para  pemilik  perniagaan  juga  dinasihatkan  supaya  terus  berwaspada  walaupun  apabila  premis  anda telah dikeluarkan daripada  senarai  HIDE. 



10. Bagaimana saya boleh  mengeluarkan  premis  saya daripada senarai  HIDE? 


Sekiranya  tiada  titik  panas  terbentuk  di  premis  hasil  tindakan  awalan  (pre-emptive)  yang dilaksanakan,  premis  anda  akan  dikeluarkan  daripada  senarai  HIDE  dalam  tempoh  tujuh  (7)  hari selepas  disenaraikan.  Senarai  premis  yang  telah  dikeluarkan  daripada  HIDE  akan  diterbitkan  secara harian. Walau  bagaimanapun,  sesebuah  premis  berkemungkinan  akan  disenaraikan  dalam  HIDE  lebih daripada  sekali.  Ini  menandakan  tindakan  kawalan  di  premis  itu  adalah  tidak  mencukupi.  Premis yang  sentiasa  dikunjungi  ramai,  sesak  serta  tanpa  sistem  pengudaraan  yang  baik  adalah  berisiko tinggi  untuk tersenarai  lebih daripada  sekali. 



Untuk  masyarakat  umum 


11. Saya telah  ke  premis  yang disenaraikan  dalam HIDE, apa yang perlu  saya lakukan? 


Jika  anda  mengunjungi  premis  yang  tersenarai  dalam  HIDE  dalam  tempoh  7  hari  penyenaraian, anda  dinasihatkan  untuk  meminimumkan  kontak  dengan  orang  lain  dan  memerhatikan  jika  terdapat apa-apa  simptom  jangkitan  pada  diri  anda.  Jika  terdapat  simptom  dalam  tempoh  14  hari,  anda dinasihatkan untuk menjalani  ujian saringan COVID-19 di  fasiliti  kesihatan terdekat. 



12. Apa yang perlu  saya lakukan  dengan  senarai  HIDE yang diterbitkan  setiap  hari? 


Kawalan  kendiri  oleh  orang  ramai  dan  para  pemilik  perniagaan  merupakan  barisan  pertahanan pertama  Malaysia  dalam  menghadapi  COVID-19.  Senarai  HIDE  bertujuan  membantu  orang  ramai bagi  membuat  keputusan terbaik dalam  menjalani  kehidupan seharian ketika  pandemik ini.


Sumber: MKN

Post a Comment

0 Comments