LARANGAN SEMENTARA DINE-IN DI RESTORAN TERMASUK RESTORAN DALAM PREMIS HOTEL, KEDAI / GERAI MAKAN, COFFEE SHOP DAN MEDAN SELERA
Setelah mengambil kira lonjakan kes baharu harian yang melepasi angka 300, iaitu sebanyak 308 kes dicatatkan hari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memutuskan untuk melarang sementara "dine-in" di semua restoran termasuk restoran dalam premis hotel, kedai / gerai makan, coffee shop dan medan selera, bermula 29 Mei 2021 hingga 02 Jun 2021.
Sumber: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II NEGERI SABAH 28 MEI 2021
0 Comments