MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

eBelia: Kelayakan & Senarai Penyedia Perkhidmatan e-Tunai



Menerusi Belanjawan 2021 di bawah inisiatif Prihati Belia, eBelia pemberian RM150 kredit e-Tunai kepada para belia & pelajar IPT sepenuh masa yang layak. 



Pelancaran eBelia ini dilaksanakan pada 1 Jun 2021


Berikut di bawah adalah senarai penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah:-

1. BigPay

2. Boost

3. Shopee 

4. Touch ‘n Go eWallet 


Penyediaan perkhidmatan e-tunai di atas juga menawarkan insentif tambahan untuk manfaat para belia berdasarkan kempen masing-masing.


Kelayakan:


(1) mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada 2001-2003)

ATAU

(2) belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.


Ini bermakna, mereka yang berusia lebih 20 tahun tetapi belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar layak untuk menerima manfaat eBelia.



Program eBelia TELAH PUN BERMULA! Tebus kredit e-tunai eBelia RM150 sekarang dan nikmati faedah tambahan dari penyedia perkhidmatan rasmi - BigPay, Boost, ShopeePay & Touch ’n’ Go eWallet.


eBelia adalah sebuah inisiatif khas buat belia warga negara Malaysia berumur 18-20 tahun, atau mereka yang belajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. RM150 ini boleh mula ditebus hari ini sehingga 22 Julai 2021 dan digunapakai sehingga 31 Julai 2021. 



Sumber: MoF

Post a Comment

0 Comments