Menginjak di 10 malam terakhir Ramadan, rata-rata umat Islam pastinya akan berkejar-kejar dan meningkatkan amalan ibadah bagi bertemu malam yang penuh keberkatan, iaitu malam 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫.
Apakah yang dimaksudkan dengan malam 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫?
𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫 merupakan satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Namun untuk berlakunya malam 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫 itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui bila masanya dan kepada siapa dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikehendaki.
Ini merupakan doa yang dianjurkan untuk baca ketika malam 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫 :
اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا
Dan maksudnya :
❝ Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah aku. ❞
Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan ALLAH سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran Syurga yang dijanjikanNya di Akhirat kelak.
Oleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.
Kredit: Jentikhati & Pinterest
0 Comments