Beza israel dan yahudi? Pencerahan utk dikongsikan baik-baik.
1) Israel adalah gelaran kepada nabi Ya'kub alaihissalam. Bani israel pula adalah keturunan nabi Ya'kub. Manakala Yahudi pula ada golongan yang kafir dan tak beriman pada Allah dikalangan bani israel.
2) Dalam Alquran, Allah tak laknat bani israel, tapi yang Allah laknat ialah Yahudi. Allah gelarkan mereka dengan 2 gelaran, iaitu "Yahudi", dan juga "Mereka yang kafir dikalangan bani israel".
3) Allah berfirman:
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا
"Orang-orang YAHUDI berkata: “Tangan Allah terbelenggu” , sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang diLAKNAT disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.” (Al Ma’idah: 64)
Firman Allah yang lain:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
“Telah diLAKNATI ORANG-ORANG KAFIR DIKALANGAN BANI ISRAEL dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.” (Al Maidah: 78)
4) Bahkan, nabi Ibrahim yang merupakan "bapa" kepada bani israel pun berlepas diri dengan yahudi ni.
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Ali Imran: 67)
So lepas ni, jangan cakap israel laknatllah, tetapi Yahudi laknatullah.
Kredit: WhatsApp
0 Comments