MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Syarikat Seng Hin Brothers Enterprises Sdn Bhd

 


Penjelasan Isu Status Halal Syarikat Seng Hin Brothers Enterprises Sdn Bhd


Pihak kami kembali menerima banyak pertanyaan berkenaan status halal produk-produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Seng Hin Brothers Enterprises Sdn Bhd. 


Kemusykilan ini berpunca daripada tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat berkenaaan telah ditarik balik. 


Untuk makluman pengguna, dakwaan yang kembali menular tersebut  telah dijelaskan oleh pihak kami sejak tahun 2016 dan 2017 melalui pautan berikut:-


http://bit.ly/Penjelasan19Mei2016


http://bit.ly/Penjelasan07Januari2017


http://bit.ly/2Penjelasan17April2017


Perlu diketahui bahawa Syarikat berkenaan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah dan dakwaan terkini berkaitan penarikan sijil halal yang menular tersebut adalah TIDAK BENAR. 


Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara. 


Selain itu, masyarakat pengguna juga digalakkan untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini. 


Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan dan penjelasan isu-isu halal semasa juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal.

http://www.smarthalal.com.my/faq.html


Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Terima kasih


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

09 Ramadan 1442H

21 April 2021M



Post a Comment

0 Comments