MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Niat Ketika Membaca Al-Quran

 


Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran


Ramai di kalangan kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata² untuk pahala dan masing² kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika membaca Al-Qur'an.


Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw :

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”


‎فالقرءان منهج حياة تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها

Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.


Dari 2 prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat² ketika membaca Al-Qur'an, antaranya tujuan dan niat :


1. Belajar & beramal;

‎(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.


2. Memohon hidayah;

‎(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah swt.


3. Bermunajat;

‎(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.


4. Menyembuhkan penyakit;

‎(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.


5. Meminta dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya;

‎(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan meminta kepada Allah utk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).


6. Ubat bagi hati yang keras;

‎(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini kerana ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).


7. Menikmati hidangan;

‎(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah.


8. Supaya tidak termasuk dalam golongan yang lalai;

‎(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini supaya aku tidak ditulis termasuk dari golongan orang² yang lalai, bahkan aku ingin ditulis sebagai golongan orang-orang yang mengingati Allah.


9. Menambah keyakinan;

‎(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.


10. Mentaati perintah Allah;

‎(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mentaati perintah Allah yang memerintahkan untuk membaca Al-Qur'an dengan tartil.


11. Mendapat pahala dan kebaikan;

‎(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagiku atas setiap satu huruf yang aku baca, sesungguhnya Allah melipat gandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.


12. Mendapat syafaat;

‎(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat kelak.


13. Mengikut wasiat nabi;

‎(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi saw.


14. Supaya Allah mengangkat darjat diri dan umat Islam;

‎(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan semoga Allah mengangkat darjat saya dengan Al-Qur'an dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Qur'an.


15. Supaya Allah mengangkat darjat di Syurga;

‎(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukanku di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapaku semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.


16. Mendekatkan diri kepada Allah;

‎(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui kalamNya.


17. Agar dimasukkan dalam golongan Ahlillah;

‎(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan Ahlullah dan daripada golongan orang² yang khusus.


18. Agar dimasukkan dalam golongan ahli yang mahir membaca Al-Qur'an;

‎(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang² yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.


19. Agar diselamatkan daripada ahli Neraka;

‎(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.


20. Agar hati rasa bersama dengan Allah;

‎(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah.


21. Supaya tidak mensia²kan usia;

‎(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia²kan usia.


22. Agar Al-Qur'an menjadi saksi kebaikan;

‎(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar dia menjadi saksi kebaikan bagiku dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas ku.


23. Memandang musyaf ialah satu kebaikan;

‎(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk melihat kepada musyaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadat.


24. Agar Allah mengurniakan sakinah;

‎(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah (ketenangan) ke atas ku, dan diliputi rahmat buat diri ku, dan disebut nama ku oleh Allah kepada makhluk di sisiNya.


25. Mendapat kebaikan;

‎(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.


26. Supaya aroma mulut menjadi harum;

‎(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)

Aku niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) aku menjadi harum (dengan lantunan Quran).


27. Agar tidak sesat di dunia;

‎(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar aku tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.


28. Agar terhindar dari kesedihan, kerisauan & kegusaran;

‎(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diriku dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.


29. Agar Al-Qur'an menjadi kawan di alam kubur;

‎(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar dia menjadi kawanku di dalam kubur dan cahaya bagiku ketika melintasi titian Sirat, dan petunjuk ku ketika di dunia, dan pemandu ku untuk ke syurga.


30. Agar Allah mentarbiah;

‎(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah ku, dan mengajar adab kepada ku dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah saw.


31. Agar dapat menyibukkan diri dengan yang Hak;

‎(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan menyibukkan diriku dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan ku.


32. Mujahadah melawan nafsu.

‎(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.


33. Agar Allah memisahkan diri dengan Al-Kafirin;

‎(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)

Aku niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkanku dengan para kafirin di akhirat kelak.


‎(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)

Marilah kita menjadi ahlil Qur'an yang telah dijamin keuntungannya yang mana keuntungan itu Allah kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.


Nabi Muhammad saw berpesan; “Sampaikanlah dari ku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.”


Bila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah.


Insya Allah ramai yang akan mendapat manfaat.🌺


Wallahua'lam.


Kredit: WhatsApp & Gambar Pinterest


Post a Comment

0 Comments