MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Operasi Perniagaan Semasa Pelaksanaan PKP Daerah Tawau

 


Kegiatan berkaitan sektor ekonomi perkhidmatan perlu (essential services) dan rantaiannya merangkumi pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, industri dan perniagaan adalah DIBENARKAN beroperasi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

 

Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan di restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja dan medan selera hanya DIBENARKAN beroperasi secara bawa pulang (take away) atau pandu lalu sahaja. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam . Dine in TIDAK DIBENARKAN.

 

Perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam

 

Kedai runcit, kedai serbaneka (convenience store), pasaraya mini (mini market) dan pasaraya (hypermarket). Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam

 

Stesen minyak. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam

 

Pasar borong. Waktu operasi: 12.01 pagi hingga 6.00 pagi

 

Pasar harian. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 2.00 petang

  

Operasi pasar malam, pasar tamu dan pasar tani adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

Operasi hotel dan penginapan DIBENARKAN tetapi tetamu perlu berada dalam bilik penginapan dan tempahan makanan secara room service. Aktiviti seperti penggunaan kemudahan penginapan seperti gimnasium, kolam renang, dewan makan, bilik seminar dan lain-lain tidak dibenarkan.

 

Taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar DIBENARKAN beroperasi.

 

Aktiviti beriadah dengan anggota isi rumah sahaja DIBENARKAN seperti jogging tidak lebih daripada dua (2) orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja dan berbasikal secara bersendirian tidak melebihi 10 km dari tempat kediaman adalah DIBENARKAN


Hospital, klinik Kerajaan / swasta dan makmal perubatan serta klinik haiwan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.

 

Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan.Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam

 


Sumber: SOP PKP Bagi Seluruh Daerah Tawau - MKN


Post a Comment

0 Comments