Kegiatan berkaitan sektor ekonomi perkhidmatan perlu (essential services) dan
rantaiannya merangkumi pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, industri
dan perniagaan adalah DIBENARKAN beroperasi dengan pematuhan SOP yang
telah ditetapkan.
• Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan di restoran, café, kedai makan, gerai
makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja dan medan selera hanya
DIBENARKAN beroperasi secara bawa pulang (take away) atau pandu lalu sahaja
bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Dine in TIDAK DIBENARKAN.
• Perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan DIBENARKAN beroperasi dari jam
6.00 pagi hingga 8.00 malam.
• Kedai runcit, kedai serbaneka (convenience store), pasaraya mini (mini market) dan
pasaraya (hypermarket) DIBENARKAN beroperasi antara jam 6.00 pagi hingga 8.00
malam.
• Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
Pasar borong DIBENARKAN beroperasi dari jam 12.01 pagi hingga 6.00 pagi.
• Pasar harian DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
• Operasi pasar malam, pasar tamu dan pasar tani adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Operasi hotel dan penginapan DIBENARKAN tetapi tetamu perlu berada dalam bilik
penginapan dan tempahan makanan secara room service. Aktiviti seperti penggunaan
kemudahan penginapan seperti gimnasium, kolam renang, dewan makan, bilik seminar
dan lain-lain tidak dibenarkan.
• Taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar DIBENARKAN beroperasi.
• Aktiviti beriadah dengan anggota isi rumah sahaja DIBENARKAN seperti jogging tidak
lebih daripada dua (2) orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja dan berbasikal
secara bersendiriantidak melebihi 10 km dari tempat kediaman adalah DIBENARKAN
Sumber: MKN
0 Comments