MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Berbuka Puasa Dengan Rotab Atau Tamar Atau Air



Berbuka Dengan Rotab  atau Tamar atau Air


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ


Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadis hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air. (Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib.


2.  Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah, lembut dan baru).


3.  Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering).


4.  Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air.


5.  Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)


6.  Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air.


7.  Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan  45% fruktosa.


8.  Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi fructose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga dengan cepat. Penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Justeru, berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia di samping dapat mencegah keletihan yang bersangatan.


9.  Pengambilan kurma dalam pemakanan boleh mengelakkan daripada sembelit, penyakit jantung dan merendahkan kolesterol jahat. Kurma mengandungi peratusan serat tidak larut dan larut air antara 10 dan 20%. Serat tidak larut air sangat penting untuk membantu pergerakan najis dalam sistem penghadaman manusia seterusnya boleh mencegah sembelit. Manakala, serat larut air penting untuk mencegah penyakit jantung, dan mencegah peningkatan kolesterol jahat dalam darah. 



Kredit: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Post a Comment

0 Comments