MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalan Sunat Di Bulan Ramadan

 


1. Bersahur

Hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Bersahurlah kalian kerana pada sahur itu ada keberkatan." (HR. Bukhari)

Seseorang itu dikira telah bersahur walaupun hanya minum seteguk air.


2. Mempercepatkan Waktu Berbuka

Mempercepatkan waktu berbuka sebaik terbenam matahari. Sabda Rasulullah SAW:

"Manusia itu akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa". (H.R. Bukhari & Muslim)

Sunat berbuka dengan tamar/kurma. Jika tiada bolehlah berbuka dengan air


3.Memperbanyakkan Doa & Iktikaf

Hadith daripada Aisyah menyatakan:

"Rasulullah SAW beriktikaf 10 hari terakhir pada bulan Ramadan dan baginda berkata yang bermaksud: Carilah Malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


4. Bersedekah

"Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa menurangi pun pahala orang yang berpuasa itu"

(H.R. Nasa'i dan Tirmidzi)


5. Menghidupkan 2/3 Malam

Daripada Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila tiba masuk sepuluh akhir Ramadan. Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. 

(Sahih al-Bukhari)


Sumber: Jabatan Agama

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments