PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI SABAH
Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa 05 Mac sehingga 18 Mac 2021. Aktiviti rentas sempadan dibenarkan mengikut zon yang ditetapkan kecuali bagi daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pembahagian Zon Daerah:
i ZON 1: Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar
ii ZON 2: Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.
iii ZON 3: Kudat, Kota Marudu dan Pitas.
iv ZON 4: Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod.
v ZON 5: Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan.
vi ZON 6: Keningau, Tambunan dan Tenom
Sumber: Kenyataan Media YB Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Dan Menteri Kewangan II Negeri Sabah Pada 3 Mac 2021
0 Comments