PERGERAKAN KELUAR MASUK KE SABAH
Semua individu yang akan memasuki Sabah bagi urusan kerja atau lain-lain urusan dengan kebenaran PDRM perlu menjalani ujian 'swab test' dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas.
Hanya individu dengan keputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke Sabah dan TIDAK PERLU menjalani kuarantin.
Bagi pergerakan keluar dari Sabah ke Semenanjung TIDAK PERLU menjalani 'swab test' sebelum berlepas, manakala individu dari Sabah ke Sarawak atau WP Labuan PERLU menjalani 'swab test' dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas.
Sumber: MinDefMalaysia
Berkaitan: PKPP Di Tujuh Negeri Bermula 5 Mac 2021
0 Comments