Perbezaan air mani dan air mazi ini para lelaki sepatutnya wajib tahu kerana ianya berkaitan kesucian diri.
Air Mani
warna putih keruh dan pekat.
Keluar akibat dari persetubuhan dan kebiasannya menyebabkan lelaki penat setelah ia keluar.
Bau seperti tepung basah
Air mani akan menyebabkan pakaian yang terkenanya menjadi keras namun boleh dicuci dengan air
Hukumnya adalah suci jika terkena pada pakaian. Cukup sekadar cuci dengan air bagi menghilangkan kesan dan boleh terus memakai pakaian tersebut untuk beribadah. Sepotong hadith dari Saidatina Aisyah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW, pakaian baginda telah terkena air mani dan baginda hanya mencucinya dengan sedikit air sebelum terus solat.
Bagi lelaki yang telah mengeluarkan air mani, sama ada dengan cara bersama isteri, atau melalui mimpi, wajib untuk Mandi Wajib.
Air Mazi
Warna jernih seperti air dan cair
Keluar akibat terangsang, atau disebabkan kepenatan akibat kerja berat yang dilakukan.
Tidak berbau
Hukum air mazi adalah najis mutawassitah (najis pertengahan)
Tidak wajib mandi jika yang keluar adalah air mazi, cukup sekadar mencuci dan mengangkat hadas kecil.
Wallahua'lam.
Kredit: @DaiLuqman
0 Comments