MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Demi Tugas Jalan Berliku Ditempuhi

 


Pahit getir perjalanan seorang cikgu di sekolah pendalaman.. Respek 👍🏻


Kisah aku , 'Ex5 kambing' untuk anak bangsa.


Dari Kuala Betis Gua Musang ke Pos Balar sejauh 80km melalui laluan balak yang dah ditinggalkan untuk sampai ke sekolah tempat aku mengajar. 


Mula-mula risau juga takut kalau kambing ni mengembek di tengah jalan, alhamdulillah kambing ni steady meredah jalan yang Tuhan sahaja tahu betapa azabnya. 


Orang tanya kenapa tak guna scrambler? Tak sesuai kawan , jalannya tak sesuai sbb dengan ketinggian dan motornya yang lebar. Kapcai biasa paling sesuai.


Perjalanan nak ke sekolah ni alhamdulillah ambil masa dalam 5 jam untuk musim jalan kering. Risiko tetap ada. Susah aku nak gambarkan kesukarannya.


Tuhan sahaja yang tahu. Musim hujan kadang ambil masa sehingga 7 ke 9 jam untuk sampai ke sekolah. Gitulah rutin aku setiap minggu. 


Doakan aku sahabat.


Kredit: Ben Zaid


Post a Comment

0 Comments