MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sifat Manusia Dalam Al-Quran

 


SIFAT MANUSIA DALAM AL-QUR’AN


1. Manusia Itu Bersifat Lemah :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah”(QS Annisa 28).


2. Manusia Itu Mudah Terpedaya :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Q.S Al-Infithar : 6).


3. Manusia Suka Bermegah Dan Lalai :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (Q.S At-takaatsur 1).


4. Manusia Itu Kurang Sabar :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (QS Al-Baqarah 155).


5. Manusia Khuwatir Dan Bersedih Hati :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud :“Siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuwatiran kepada mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati” (Q.S Al Baqarah: 62)


6. Manusia Itu Selalu Tergesa-gesa :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa (Al-Isra’ 11)


7. Manusia Itu Suka Membantah :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (QS. an-Nahl 4)


8. Manusia Itu Suka Berlebih-lebihan :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS Yunus 12)


9. Manusia Suka Lupa.


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon pertolongan kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya dia lupa  (Q.S Az-Zumar : 8 )


10. Manusia Itu Suka Berkeluh-kesah :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (QS Al Ma’arij : 20)


11. Manusia Itu Bersifat Kikir :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud :“Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, kerana takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.(QS.Al-Isra’100)


12. Manusia Suka Mengingkari Nikmat :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : 

Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah) (QS. Az-Zukhruf  15)


Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (Q.S. al-‘Aadiyaat : 6)


13. Manusia Itu Suka Berputus Asa :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (QS Al-Fussilat : 49)


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)


14. Manusia Itu Suka Berperasangka :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran” (QS Yunus 36)


15. Manusia Itu Suka Berangan-angan :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud : “Dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh syaitan yang penipu (QS al Hadid 72)


16. Manusia Itu Suka Melampauhi Batas :


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud :“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (Q.S al-Alaq : 6)


Demikianlah beberapa sifat manusia yang disebutkan dalam al-Quran yang sungguh mengerikan bagi mereka yang tidak sabar menjalani ujian Allah, semua manusia berada dalam kerugian kecuali empat jenis manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud :


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." (QS al-Ashr: 1-3).


Dengan banyaknya ujian maka Allah memberikan kita nikmat Iman dan Islam untuk mengatasi semua ujian itu dengan sabar, sungguh nikmat iman dan islam ini bukanlah sesuatu yang kita dapat dengan mudah dan percuma terkecuali dengan usaha yang gigih dan banyak berdoa dan bersabar menghadapinya.


Khalifah Umar Bin Khattab melalui doanya sebagai ucapan rasa syukur;

“Yaa Allah, Engkau muliakan kami dengan iman dan islam, sungguh jika bukan kerana keduanya, maka celakalah kami (manusia ).


SELAMAT BERAMAL SEMOGA MANFAAT BUAT KITA SEMUA. ❤


Kredit: @DakwahSentapOfficial


Post a Comment

3 Comments

  1. Pemetulan nombor 13. Surah Fussilat ayat 49

    ReplyDelete
  2. Pemetulan nombor 13. Surah Fussilat ayat 49

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas kepekaan & semakan tuan/encik SHAM

    ReplyDelete