Dikemaskini pada 18 Februari 2021
Aktiviti sektor ekonomi dan industri perkilangan/pembuatan di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan
Pasar Raya, Pusat Beli belah, Retail Store dan kedai runcit DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6.00 pagi hingga10.00 malam.
Penjualan peluru senapang patah (shotgun) untuk tujuan penjagaan kebun kepada pemilik berlesen adalah DIBENARKAN dengan kelulusan oleh PDRM.
Restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (foodtruck), penjaja, medan selera, kedai serbaneka, perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan, pembelian makanan secara bawa pulang (takeaway) dan pandu lalu (drivethru) DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan pematuhan SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman).
Dine in DIBENARKAN di restoran termasuk restoran dalam premis hotel, kedai/ gerai makan, coffee shop dan medan selera dengan separuh (50%) daripada kapasiti saiz meja iaitu dua (2) orang bagi meja empat (4) orang, tiga (3) orang bagi meja enam (6) orang, empat (4) orang bagi meja lapan (8) orang dan seterusnya, tertakluk kepada penjarakan fizikal 1 meter.
Bagi pelanggan yang datang berkeluarga dari rumah yang sama, dine in adalah dibolehkan mengikut kapasiti meja makan tersebut.
Operasi pasar-pasar adalah DIBENARKAN seperti berikut:
a. Pasar Harian: 6.00 pagi hingga 6.00 petang
b. Pasar Malam : 5.00 petang hingga10.00 malam
c. Pasar Tamu: 6.00 pagi hingga 2.00 petang
d. Pasar Tani: 6.00 pagi hingga 2.00 petang
e. Pasar Borong: 12.01 pagi hingga 2.00 petang
Operasi pasar pasar tersebut hendaklah dengan pematuhan SOP dan pengawasan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Operasi kedai nombor ramalan yang dilesenkan di bawah Kementerian Kewangan adalah DIBENARKAN berdasarkan waktu operasi seperti berikut:
a) Hari Cabutan: 8.00 pagi hingga 7.00 malam
b) Hari Tanpa Cabutan: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Operasi mesin slot yang dilesenkan di bawah Kementerian Kewangan adalah DIBENARKAN bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Operasi lain-lain perniagaan yang DIBENARKAN beroperasi bermula dari jam 6.00 pagi hingga10.00 malam.
Stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
Kedai dobi DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis bagi mengawal bilangan pelanggan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Kedai gunting rambut/salun (melibatkan perkhidmatan gunting rambut sahaja) DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Manakala perkhidmatan facial dan lain-lain masih tidak dibenarkan.
Pengusaha/pemilik kedai gunting rambut perlu mengikuti SOP seperti berikut:
i.Wajib memakai pelitu pmuka (facemask) dan pelindung muka (faceshield)
ii.Memakai apron (perlu ditukar untuk setiap pelanggan baharu)
iii. Memakai sarung tangan (perlu ditukar untuk setiap pelanggan baharu) dan
iv. Gunting dan sikat dibersihkan menggunakan air panas.
Pusat cuci kenderaan DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga10.00 malam dengan memastikan pematuhan SOP sedia ada.
Klinik dan hospital Kerajaan/swasta DIBENARKAN beroperasi secara 24 jam atau mengikut waktu yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga10.00 malam.
Sumber : MKN
Berkaitan: Masa Operasi Perniagaan Di Kawasan/Negeri PKP 2.0
0 Comments